Berita

Aminuddin umum satu lagi projek perumahan penjawat awam

SEREMBAN: Satu lagi projek perumahan untuk penjawat awam telah dilancarkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Aminuddin berkata, fasa kedua pembinaan perumahan penjawat awam ini akan bermula tidak lama lagi.

“Fasa ini melibatkan 71 unit rumah teres dua tingkat ‘Type C’ (20′ x 65′) di Mukim Labu (berhampiran Rimbunan Aman) yang dijangka siap pada akhir tahun 2023.

“Untuk makluman, fasa pertama yang melibatkan pembinaan rumah ‘Type A’ dan ‘Type B’ telah siap 66.9 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada akhir tahun ini.

“Ia membabitkan 351 unit teres satu tingkat yang sepatutnya siap pada Jun 2022. Ini akan membolehkan penjawat awam menduduki rumah ini lebih cepat dari jangkaan asal,” kata beliau.

Aminuddin berkata demikian, selepas menyaksikan upacara menandatangani Perjanjian antara Syarikat De Four Development Sdn Bhd dan Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) untuk projek perumahan penjawat awam (Fasa kedua).

Show More

Related Articles

Back to top button