Menarik

20 keluarga kurang kemampuan terima sumbangan kewangan dari Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah menyampaikan sumbangan kewangan kepada 20 keluarga kurang kemampuan di Taman Sri Mawar 2.

“Semoga bantuan ini dapat meringankan beban penerima dan keluarga sempena sambutan Hari Raya yang bakal menjelang tidak lama lagi,” kata Gunasekaren.

Mewakili Gunasekaren, sumbangan tersebut disampaikan oleh Pembantu Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Saudara Minnal di Surau Taman Sri Mawar 2.

Turut hadir, Pengerusi Surau Encik Khalil.

Show More

Related Articles

Back to top button