Berita

Negeri Sembilan peruntuk RM540,000 untuk Guru Takmir

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan membelanjakan RM540,000 sebagai inisiatif Guru Takmir sejak tahun 2021.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, inisiatif ini merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri untuk membantu guru takmir.

“Untuk tahun ini, seramai 289 orang guru takmir menerima elaun tambahan sebanyak RM50 setiap bulan.

“Inisiatif ini merupakan tambahan RM600 setahun untuk guru takmir di Negeri Sembilan,” katanya di Majlis Penutup Bengkel Fiqh Al-Mizan dan Majlis Pelancaran Inisiatif Guru-Guru Takmir Negeri Sembilan di Klana Resort.

Sementara itu Aminuddin berkata, penganjuran Bengkel Fiqh AlMizan ini diharap membantu meningkatkan kefahaman para asatizah dan pegawai-pegawai agama mengenai Fiqh al-Mizan dalam menghadapi isu-isu semasa dalam masyarakat serta dapat mengawal dan mencegah pemikiran takfiri dan aliran ghulu (melampau) daripada berkembang dalam masyarakat Islam di negeri ini.

Show More

Related Articles

Back to top button