Aktiviti

Dua warga emas OKU terima kerusi roda dari Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah memberikan sumbangan dua buah kerusi roda kepada dua warga emas kurang upaya (OKU) di Taman Sri Mawar.

Gunasekaren berkata, Encik Krishnan Subramaniam, 68, dan Encik Subramaniam Rajoo, 73, merupakan pesakit strok.

“Mereka berdua hidup sebatang kara kerana ditinggalkan ahli keluarga mereka.

“Semoga sumbangan ini dapat membantu dan memudahkan urusan mereka,’ kata Gunasekaren.

Gunasekaren mengucapkan terima kasih kepada Exco Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan Negeri Sembilan, YB Nicole Tan Lee Koon kerana menyumbang dua unit kerusi roda ini.

Turut hadir, Pembantu Ahli Majlis Bandaraya Seremban Saudara Minnal dan Saudara Muganthan serta Pegawai DUN Seremban Jaya, Saudari Jothi.

Show More

Related Articles

Back to top button