BeritaProgram

PENCAPAIAN PH NS: Mahasiswa kelaparan, Aminuddin perkenal Bantuan Sara Hidup

7,129 mahasiswa dapat manfaat dengan peruntukan RM8.6 juta

Walaupun Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan telah melaksanakan lebih 95 peratus tawaran manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), namun pelbagai inisiatif dan insentif yang tidak terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan diperkenalkan dari semasa ke semasa demi kepentingan rakyat marhaen.

Justeru, Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan melalui Yayasan Negeri Sembilan (YNS) telah mewujudkan satu inisiatif; Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan bagi membantu mahasiswa yang kurang berkemampuan di universiti awam.

Inisiatif ini adalah buah fikiran Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun, apabila beliau mendapat laporan bahawa ada segelintir mahasiswa yang tidak cukup wang belanja sehingga ada yang terpaksa berlapar.

Aminuddin berkata, bantuan ini diwujudkan sejak tahun 2019 bagi membantu mahasiswa anak Negeri Sembilan yang memerlukan.

“Bantuan Sara Hidup Mahasiswa ini merupakan satu inisiatif daripada Kerajaan Negeri yang bertujuan untuk meringankan beban kewangan mahasiswa yang menuntut di IPT di seluruh negara.

“Setiap pelajar yang layak akan menerima RM100 sebulan selama setahun iaitu sebanyak RM1,200 seorang,” ujar beliau.

Peruntukan RM2.4 juta untuk tahun ini

Aminuddin berkata, sebanyak 8,554,800 diperuntukkan bagi membantu 7,129 mahasiswa.

“Pada tahun 2019 seramai 2,440 mahasiswa menerima bantuan kewangan ini yang melibatkan peruntukan RM2,928,000.

“Seramai 1,200 mahasiswa mendapat manfaat pada tahun 2020 dengan jumlah peruntukan RM1,440,000.

“Pada tahun 2021, sebanyak RM1,786,800 diperuntukkan bagi membantu 1,489 mahasiswa.

“Pada tahun ini (2022) YNS mensasarkan 2,000 penerima dengan peruntukan RM2,400,000,” jelas Aminuddin.

Sila klik pautan di bawah bagi mendapatkan maklumat berkenaan cara, syarat dan kelayakan untuk memohon bantuan tersebut.

https://www.yns.gov.my/v7/ms

Sebarang pertanyaan sila hubungi Yayasan Negeri Sembilan di talian 06-7628046.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button