Berita

200 ekor ayam, 200 kilogram ikan habis dijual dalam dua jam

LINGGI: Sebanyak 200 ekor ayam, 300 paket minyak masak, 200 kilogram ikan segar, 200 rak telur ayam serta sayuran habis dijual dalam masa dua jam di program Jualan Harga Ladang DUN Linggi.

Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah berkata, semua barangan tersebut dijual 20 hingga 30 peratus lebih rendah dari harga pasaran.

“Jualan dibuka seawal 8.30 pagi dan orang ramai mula memenuhi khemah-khemah jualan dengan tenang.

“Proses jualbeli berjalan dengan lancar dan tiada kekalutan semasa proses jualbeli tersebut.

“Stok terhad dan jualan berakhir pada jam 10.30 pagi.

“Terima kasih kepada Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Jabatan Veterinar dan FAMA yang menguruskan proses jualan,” kata Rusli.

Jualan ini diadakan di Padang Astaka Rumah Rakyat Pengkalan Durian dan program seterusnya akan diadakan di Pekan Pasir Panjang.

Show More

Related Articles

Back to top button