Berita

Sokongan ibu bapa penting pastikan kejayaan pelajar: AMINUDDIN

CHEMBONG: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, sokongan ibu bapa penting bagi memastikan para pelajar mencapai kejayaan.

“Tanpa sokongan ibu bapa, mereka tidak akan mencapai kejayaan.

“Selain itu juga, kita sebagai ibu bapa boleh mendoakan mereka walaupun kita sedang bekerja.

“Hal ini kerana, mereka ini merupakan tiang negara dan bakal memimpin negara pada masa akan datang.

“Justeru itu, pengasuhan, bimbingan dan dorongan daripada peringkat awal adalah amat penting,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Perasmian Majlis Apresiasi Tingkatan 5 dan Karnival Keusahawan Sekolah Menengah Kebangsaan Pedas.

Dalam pada itu, Aminuddin turut memberikan sumbangan sebanyak RM30,000 kepada SMK Pedas.

“RM20,000 diberikan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

“Manakala, RM10,000 akan diberikan kepada Kelab Kebudayaan SMK Pedas bagi membantu mereka membeli peralatan muzik,” ujar beliau.

Turut hadir, Exco Belia dan Sukan, YB Dato’ Mohamad Taufek Abdul Ghani dan Penyelaras DUN Chembong, Tuan Nasrudin.

Show More

Related Articles

Back to top button