Menarik

Permohonan TUNS Plus diawalkan pada 1 Februari

Permohonan Tabung Usahawan Negeri Sembilan Plus (TUNS Plus) telah diawalkan pada 1 Februari ini.

TUNS Plus merupakan pinjaman mudah tanpa faedah yang berjumlah sehingga RM15,000 yang menyasarkan usahawan mikro di negeri ini.

Berikut merupakan syarat asas permohonan:

a) Warganegara Malaysia dan anak Negeri Sembilan atau pengundi di Negeri Sembilan

b) Pendaftaran perniagaan di SSM Sebelum 1 April 2022

c) Berstatus mikro yang mencatatkan jualan kurang daripada RM300,000 setahun

d) Berumur di antara 21-55 tahun

f) Beroperasi dan beralamat di Negeri Sembilan

g) Beroperasi di premis/tapak perniagaan dan mempunyai lesen/permit PBT

h) Akaun perniagaan yang sah dan aktif sekurang-kurangnya enam bulan

i) Tidak berstatus muflis

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang berikut:

www.tuns.my

Show More

Related Articles

Back to top button