Berita

2023 ditutup dengan sifar miskin tegar

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan telah berjaya menutup tahun 2023 dengan sifar miskin tegar.

Pelbagai usaha telah dilakukan bagi memastikan agenda sifar miskin tegar ini berjaya dilaksanakan sebelum 31 Disember ini.

Pelbagai agensi dan pihak terlibat bagi menggembleng tenaga untuk mencapai matlamat ini. Ini termasuk kerjasama daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerajaan Perpaduan di negeri ini.

Perkara ini jelas kelihatan apabila Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun kerap membangkitkan isu ini.

Antara usaha yang dilakukan adalah dengan mengenalpasti usaha atau bantuan yang boleh diberikan bagi memastikan mereka keluar daripada kelompok tersebut.

Tidak dinafikan terdapat beberapa halangan yang mengganggu usaha tersebut seperti pengesanan Ketua Isi Rumah. Hal ini demikian kerana antara mereka yang tidak mahu memberikan kerjasama, maklumat yang diberikan tidak tepat serta nombor telefon yang tidak dapat dihubungi.

Namun begitu, semua halangan tersebut telah berjaya diatasi dengan cemerlang sehingga mereka berjaya mencapai matlamat sifar miskin tegar.

Usaha ini secara tidak langsung menunjukkan Kerajaan Negeri yang dipimpin beliau sangat mengambil berat tentang keperluan masyarakat di negeri ini.

Oleh hal yang demikian, kita perlu terus memberikan kerjasama bagi memastikan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan hari ini terus kekal untuk memimpin negeri ini kerana sifat ihsan dan tanggungjawab mereka terhadap negeri ini.

Show More

Related Articles

Back to top button