Berita

25 buah keluarga Orang Asal terima sumbangan makanan daripada Aminuddin

PORT DICKSON: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah memberikan sumbangan bakul rahmah kepada 25 buah keluarga Orang Asal di Kampung Sawah, Sunggala.

Aminuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, sumbangan tersebut adalah bagi membantu meringankan beban penerima.

“Dalam pada itu, saya turut beramah mesra bersama penduduk di sini.

“Kali terakhir saya datang ke sini adalah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 yang lalu.

“Hari ini saya kembali lagi bagi melihat kawasan perkara yang dapat dibantu.

“Saya juga turut berpesan kepada anak-anak di sini supaya jangan meninggalkan pelajaran kerana pendidikan yang akan memberi kelebihan kepada kita di masa akan datang,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button