BeritaMenarikProgram

E-Book Belanjawan 2024 dilancarkan oleh Shamshulkahar

JEMPOL: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Jempol telah melancarkan E- Book Belanjawan 2024 bagi manfaat penduduk Jempol.

Ahli Parlimen Jempol, YB Dato Shamshulkahar Mohd Deli berkata, E-Book ini adalah inisiatif beliau bagi memudahkan rakyat Jempol memperolehi maklumat yang lebih mudah mengikut kategori bersesuaian meliputi wanita, anak muda, warga emas, penjawat awam, pesara kerajaan dan veteran tentera, pertubuhan dan sebagainya.

“Saya berharap usaha ini membantu rakyat merebut peluang untuk mendapatkan inisiatif dan bantuan yang ditawarkan oleh Kerajaan Persekutuan menerusi pengumuman Belanjawan 2024,” katanya.

Penduduk Jempol yang ingin mendapatkan E-Book ini, boleh muat turun menerusi:

https://linktr.ee/shamshulkaharmohddeli

Show More

Related Articles

Back to top button