Kolumnis

Tutup kilang…Kuasa siapa?

EDY NOOR REDUAN: Kes positif Covid-19 naik mendadak di Negeri Sembilan sejak kebelakangan ini dan ramai yang terkeliru dalam soal SOP penutupan kilang dan mempersoalkan mengapa kilang di Negeri Sembilan tidak ditutup.

Apakah benar ketika darurat dikuatkuasakan, Kerajaan Negeri masih mempunyai kuasa menutup kilang?

Pertubuhan Kebajikan Terkini Negeri Sembilan (NSU) mengajak semua pihak untuk memahami perkara tuntutan penutupan kilang dari aspek kenyataan Menteri Kluster Keselamatan sebelum ini, Dato Seri Ismail Sabri (sekarang TPM).

Menurut Ismail Sabri, keputusan untuk membuka atau menutup mana-mana premis perniagaan, kilang dan sebagainya ditentukan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Beliau turut menyatakan bahawa ini bukan dalam keadaan hari biasa, keadaan hari ini adalah termaktub hanya kepada arahan MKN.

Malah Kerajaan Negeri Sembilan juga melalui kenyataan Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun pada 30 Jun lalu telah mencadangkan bahawa kilang-kilang yang mempunyai kes positif Covid-19, ditutup 14 hari bagi memastikan kluster industri di Negeri Sembilan dapat dikawal.

Namun cadangan Kerajaan Negeri yang prihatin terhadap kebimbangan peningkatan kes Covid-19 ini tidak dihiraukan.

NSU berharap maklumat yang disalurkan ini mampu merungkai kekeliruan orang ramai khususnya dalam polemik penutupan kilang yang menjadi punca utama penularan wabak Covid-19.

Edy Noor Reduan
Setiausaha NSU
16 Julai 2021

Show More

Related Articles

Back to top button