Berita

30 pelajar IPT terima sumbangan kewangan dari Arul

NILAI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, YB J.Arul Kumar telah memberi sumbangan kewangan kepada 30 pelajar yang akan menyambung pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Arul Kumar berkata, sumbangan tersebut bagi membantu meringankan beban mereka yang akan meneruskan pengajian.

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana menyediakan inisiatif yang membantu mahasiswa Negeri Sembilan,” kata Arul Kumar.

Pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah menerima RM1,000, Diploma RM750 dan Sijil RM500.

Show More

Related Articles

Back to top button