Berita

Lumba Basikal Tampin MTB Jamboree 2022 Moncheh disertai 1,700 peserta

GEMENCHEH: Perlumbaan Basikal Tampin MTB Jamboree 2022 Moncheh Vol.2 di Gemencheh mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan seramai 1,700 peminat aktiviti berbasikal dari seluruh negara.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, pada awalnya jumlah peserta dihadkan kepada 1,500 peserta sahaja.

“Namun, berikutan permohonan dan sambutan menggalakkan pihak penganjur bersetuju meningkatkan jumlah penyertaan kepada 1,700 peserta.

“Para peserta melalui trek mencabar sejauh 38 kilometer yang merangkumi pelbagai bentuk muka bumi mencabar.

“Pihak penganjur turut mengambil peluang mengetengahkan makanan tradisi yang sinonim dengan Gemencheh iaitu rendang maman.

“Para peserta disajikan dengan rendang maman ayam dan daging seusai perlumbaan,” kata Aminuddin.

Aminuddin merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur kerana berjaya menganjurkan program yang sangat meriah ini.

“Semoga Negeri Sembilan terus menjadi destinasi penggemar eko-pelancongan dari seluruh negara, Insya Allah,” ujarnya.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button