Berita
30 peniaga kecil Bagan Pinang menerima bantuan TUNS dan TUNS PLUS
BAGAN PINANG: Seramai 30 peniaga kecil menerima Sijil TUNS dan TUNS PLUS daripada Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Raman.
Nasir berkata, TUNS merupakan geran bantuan RM3,000, manakala TUNS PLUS bantuan pembiayaan secara pinjaman mudah tanpa faedah berjumlah sehingga RM15,000.
“Penerima yang berjaya menerima bantuan ini merupakan peniaga dari DUN Bagan Pinang.
“Semoga bantuan dan pinjaman ini memberi manfaat kepada peniaga-peniaga ini,” kata Nasir.