Berita

300 keluarga Tiong Hua terima baucar barangan keperluan dapur daripada Aminuddin

SRI TANJUNG: Seramai 300 ahli keluarga Tiong Hua di sekitar DUN Sri Tanjung telah menerima baucar barangan keperluan dapur yang bernilai RM100 daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Aminuddin berkata, sumbangan ini merupakan inisiatif daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, YB Dato’ M.Ravi bagi membantu masyarakat Tiong Hua melakukan persiapan sempena sambutan Tahun Baru Cina.

“Tahniah diucapkan kepada semua penerima.

“Semoga sumbangan yang disalurkan ini dapat memeriahkan lagi sambutan perayaan mereka pada tahun ini,” kata Aminuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Port Dickson.

Show More

Related Articles

Back to top button