Berita

Stadium Paroi bakal berwajah baharu

SEREMBAN: Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi (Stadium Paroi) bakal berwajah baharu apabila kerja-kerja naik taraf stadium akan dilaksanakan tidak lama lagi dengan kos RM1.2 juta.

Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, YB Dato’ Mohamad Taufek Abd Ghani berkata, kerja naik taraf itu melibatkan pengantian tempat duduk di Stadium Paroi.

“Pemasangan kerusi bernombor di stadium ini dianggarkan boleh memuatkan sehingga 45,000 penonton.

“Pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) hampir layak ke Kejohanan Piala AFC mewakili negara pada musim lalu.

“Walaubagaimanapun, sekiranya NSFC layak ke Piala AFC, salah satu syarat utama AFC ialah tempat duduk mestilah mempunyai kerusi bernombor dan bukannya teres seperti sekarang ini.

“Justeru, Kerajaan Negeri Sembilan mengambil langkah proaktif ini sekiranya pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) terpilih ke Piala AFC pada tahun ini,” kata Mohamad Taufek.

Show More

Related Articles

Back to top button