Berita

Aminuddin sumbang RM300,000 kepada Sekolah Tinggi Chung Hua Seremban

SEREMBAN: Sekolah Tinggi Chung Hua, Seremban menerima sumbangan sejumlah RM300,000 daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Aminuddin berkata, sekolah ini merupakan sekolah persendirian dan mempunyai hampir 3,000 pelajar.

“Pendidikan sangat penting untuk pembangunan negara.

“Semua sistem pendidikan harus diberi perhatian termasuk Sekolah Tahfiz.

“Justeru itu, sumbangan kewangan ini diberikan untuk pembangunan dan pengurusan sekolah ini,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Perasmian Pertandingan Kaligrafi Cina Sekolah Tinggi Chung Hua Seremban Tahun 2023 sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Foto: Nabil Syafik

Show More

Related Articles

Back to top button