Berita
30,000 wanita terima manfaat daripada PH GEM
SEREMBAN: Sejak 2018 seramai 30,000 wanita di Negeri Sembilan telah menerima manfaat daripada inisiatif pemerkasaan wanita iaitu Program Power House Wanita Gemilang (PH GEM).
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, program ini mensasarkan golongan wanita dalam lima sektor iaitu sosio ekonomi, kemahiran diri, kesihatan, pendidikan, alam sekitar dan hak asasi.
“Asas pengetahuan dan latihan juga turut diberikan dalam program ini supaya mereka dapat menjana pendapatan sendiri.
“Kerajaan Negeri akan memastikan program seperti ini dilaksanakan bagi membantu rakyat,” kata Aminuddin.