Berita

326 projek bernilai RM32.135 juta diluluskan Kerajaan Negeri Sembilan

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan telah meluluskan 326 bilangan kerja di seluruh Negeri Sembilan dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM32.135 juta pada tahun ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, projek MARRIS ini setiap satunya tidak melebihi RM100,000 dan tidak kurang dari RM80,000.

“Bagi pengundian fasa satu ini, sebanyak 1,403 kontraktor daripada 2,214 kontraktor berdaftar memenuhi syarat yang ditetapkan.

“Pengundian projek dijalankan sebegini bagi memastikan projek-projek ini tidak dimonopoli oleh mana-mana pihak,” ujar Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian dalam Program Cabutan Kerja Undi Penyenggaraan Jalan di Bawah Peruntukan MARRIS Negeri Sembilan Tahun 2022 Fasa 1 yang diadakan secara Live Streaming di Wisma Negeri petang Isnin.

“Besarlah harapan saya agar kontraktor yang terpilih dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik, sesuai dengan amanah yang diberikan oleh Kerajaan Negeri.

“Pihak kontraktor harus sentiasa memberi perhatian terhadap isu keselamatan agar keselamatan pekerja di tapak binaan dan orang awam lebih terjamin,” kata Aminuddin.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button