Berita
363 asnaf sekitar Masjid Legung Ulu terima duit raya daripada Aminuddin
REMBAU: Seramai 363 asnaf di sekitar Masjid Legung Ulu, Rembau menerima duit raya daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato Seri Aminuddin Harun.
Aminuddin berkata, sumbangan tersebut bagi membantu mereka melakukan persiapan menjelang hari raya.
“Dalam pada itu saya turut memberikan sumbangan duit raya kepada 105 orang asnaf di Tampin, dan 174 orang asnaf di Gemencheh.
“Semoga sumbangan yang diberikan dapat membantu meringankan beban mereka dalam melakukan persiapan Aidilfitri yang akan tiba,” kata Aminuddin.
Foto: Nabil Syafik