ADUNAktiviti

46 pelajar terima Bantuan Sekolah berjumlah RM25,300 dari Aminuddin

SIKAMAT: Seramai 46 orang pelajar sekolah kurang berkemampuan dari DUN Sikamat yang berdaftar di bawah e-kasih menerima Bantuan Anak Sekolah bernilai RM550 seorang.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, penerima akan diberi bantuan sebanyak RM50 sebulan selama 11 bulan.

“Bantuan ini akan dibayar melalui Pusat Khidmat DUN.

“Saya berharap agar bantuan yang diterima ini dapat digunakan sebaiknya.

“Kepada anak-anak yang terpilih menerima bantuan ini, jangan pernah lelah dalam menuntut ilmu,” kata Aminuddin yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat.

Aminuddin berkata demikian di Program Bantuan Anak Sekolah DUN Sikamat.

Show More

Related Articles

Back to top button