Berita

Bersih, Muafakat, Sejahtera dijelmakan dengan pencapaian membanggakan

SEREMBAN: Motto Kerajaan Negeri SembilanBersih, Muafakat dan Sejahtera bukan sekadar slogan tetapi dijelmakan dengan pelbagai siri kejayaan dan pencapaian cemerlang.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan setiap tahun menyaksikan pelbagai inisiatif telah diperkenalkan meliputi bidang tumpuan ekonomi rakyat, pendidikan, kebajikan, pemerkasaan komuniti, belia dan wanita, kerohanian dan agama, insitusi adat dan pentadbiran.

“Dalam Belanjawan 2022 Kerajaan Negeri telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM64 juta melibatkan 52 inisiatif dengan mengekalkan 40 inisiatif sedia ada dan memperkenalkan 12 insiatif baharu.

“Prestasi pelaburan sentiasa meningkat setiap tahun kerana keyakinan pelabur dengan kestabilan politik dan dasar Kerajaan Negeri.

“Dalam tempoh empat tahun dari tahun 2018 hingga 2021, kita berjaya memperolehi jumlah pelaburan sehingga RM23.51 bilion.

“Manakala berbanding tempoh yang sama pada 2014-2017 yang memperolehi RM8.72 bilion,” kata beliau di ucapan perasmian Seminar Negeri Sembilan Bersih, Muafakat dan Sejahtera di D’Tempat Country Club, Sendayan.

Show More

Related Articles

Back to top button