Berita

KeADILan Negeri Sembilan siap sedia hadapi PRU-15

SEREMBAN: KeADILan Negeri Sembilan bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sekiranya parlimen dibubarkan dalam masa terdekat.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KeADILan Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, jentera pilihan raya KeADILan sudah bersedia menghadapi PRU-15 sejak setahun lepas.

“Kita sudah jalankan amanah dengan menyusun dan menyiapkan jentera.

“Cuma kita belum melancarkan (jentera pilihan raya) lagi.

“Begitu juga jentera pilihan raya Pakatan Harapan pun sudah bersedia menghadapi pilihan raya,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Bantuan Anak Sekolah DUN Sikamat di Balai Raya Taman Desa Rhu, Sikamat.

Show More

Related Articles

Back to top button