Aktiviti

Tiga peniaga terima peti sejuk beku dari Bakri

KLAWANG: Tiga peniaga kecil di DUN Klawang menerima sumbangan peti sejuk beku daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, YB Dato’ Ir.Bakri Sawir.

Bakri berkata, beliau berbesar hati dapat membantu penduduk DUN Klawang yang memerlukan bantuan.

“Ketiga-tiga penerima tersebut adalah Puan Yanti Izuana, Puan Lily Murfiza Kamarulzaman dan Puan Zainab Yazid.

“Mereka semua menjalankan perniagaan berasaskan makanan dan saya berharap mereka dapat menambah produk jualan sejuk beku yang diusahakan,” kata Bakri.

Sementara itu, Yanti Izuana, Lily Murfiza dan Zainab mengucapkan terima kasih kepada Bakri di atas sumbangan tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button