Berita

4,629 keluarga fakir dan miskin terima bantuan MBI dan MAINS

LABU: Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, Menteri Besar Diperbadankan (MBI NS) dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menyerahkan bantuan kewangan berjumlah RM4.3 juta kepada 4,629 fakir dan miskin.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, pihak MAINS menyalurkan RM700 untuk golongan fakir dan RM500 untuk golongan miskin.

“Buat pertama kalinya, pihak MBI NS menambah RM300 kepada semua penerima yang menjadikan golongan fakir menerima RM1,000 manakala golongan miskin menerima RM800.

“Tambahan RM300 ini adalah kerana pihak MBI NS menerima dividen daripada pihak FELCRA. Kerajaan Negeri setuju dividen ini diagihkan semula kepada golongan yang memerlukan.

“Secara keseluruhannya seramai 2,844 orang fakir dan 1,785 orang miskin seluruh negeri menerima bantuan ini.

“Semoga bantuan yang disalurkan ini menjadikan sambutan Hari Raya Aidilfitri para penerima lebih bermakna,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian dalam majlis penyerahan sumbangan kepada penduduk fakir dan miskin Daerah Seremban di Dewan Dato’ Shahardin, Batu 8, Labu.

 

 

Foto: Nabil Syafik

Show More

Related Articles

Back to top button