Berita

Kerajaan Negeri Sembilan bela nasib gelandangan

Wujudkan Rumah Transit dengan peruntukan RM405,000

SEREMBAN: Pembangunan sosial yang holistik, kebajikan dan keperluan masyarakat yang memerlukan tidak pernah jauh dari menjadi keutamaan kepimpinan Kerajaan Negeri Sembilan.

Justeru itu, Kerajaan Negeri telah mewujudkan Rumah Transit atau Rumah Minda Ceria (RMC) bagi menjalankan program pemulihan dan pembangunan sosial golongan gelandangan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan RM405,000 bagi mewujudkan RMC.

“Penubuhan RMC ini diharapkan dapat mendidik dan melengkapkan golongan gelandangan dengan ilmu pengetahuan.

“RMC juga menjalankan rawatan pemulihan untuk gelandangan yang mempunyai masalah psikiatri agar mereka pulih dan berkomunikasi dengan lebih baik.

“RMC ini beroperasi sejak Disember 2020 dan sehingga hari seramai 41 gelandangan telah kita kembalikan kepada keluarga masing-masing,” kata Aminuddin.

Aminuddin mahu gelandangan pulang ke sistem sosial masyarakat

Menurut Aminuddin, RMC menyediakan program dan aktiviti pemulihan supaya lebih ramai gelandangan dapat kembali pulih ke sistem sosial masyarakat.

“Kerajaan Negeri Sembilan mahu mewujudkan persekitaran yang selamat, bersih dan tenteram supaya dapat menggalakkan kemajuan ekonomi Negeri,” ujar beliau.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Perasmian Rumah Minda Ceria di Taman Cheong Loong, Rahang.

 

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button