Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita

Kejadian struktur rumah runtuh dapat perhatian Arul

NILAI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, YB J.Arul Kumar telah turun padang bagi melihat permasalahan di Rumah Rakyat Batang Benar.

Arul Kumar berkata, terdapat enam buah rumah yang telah runtuh struktur tambahannya.

“Hal ini disebabkan oleh hakisan tanah yang berlaku.

“Keadaan ini boleh mendatangkan bahaya kepada penduduk di kawasan tersebut dan perlu dibaiki segera.

“Saya bersama Pegawai Majlis Bandaraya Seremban serta Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran Seremban telah melawat kawasan tersebut.

“Dalam masa terdekat saya akan cuba menyelesaikan perkara ini,” kata Arul Kumar.

Show More

Related Articles

Back to top button