Berita

500 orang pengunjung meriahkan Jualan Harga Ladang DUN Bukit Kepayang

BUKIT KEPAYANG: Dianggarkan seramai 500 pengunjung telah hadir memeriahkan program Jualan Harga Ladang Nismilan Prihatin DUN Bukit Kepayang di Taman Bukit Kristal.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang, YB Nicole Tan Lee Koon berkata, orang ramai telah beratur seawal jam 7:30 pagi lagi.

“Semua barangan yang dijual seperti ayam, telur, minyak masak dan sayur-sayuran habis dalam tempoh satu jam.

“Kenaikan harga barangan pada waktu ini amat membebankan rakyat.

“Oleh itu, inisiatif ini diambil bagi mengurangkan beban rakyat dengan jualan yang murah 20 hingga 30 peratus daripada harga pasaran,” kata Nicole.

Show More

Related Articles

Back to top button