Berita

TABAH beri perhatian anak muda aktif e-Sport

EKSKLUSIF: Tabung Amanah Belia Harapan (TABAH) Negeri Sembilan amat memberikan perhatian kepada anak muda yang aktif dalam e-sport.

Exco Belia dan Sukan, YB Dato’ Mohamad Taufek Abdul Ghani berkata, kita perlu menerima hakikat bahawa sebahagian besar anak muda amat meminati sukan elektronik.

“Mereka bukan seperti kita dahlu, mandi sungai, masuk hutan dan sebagainya.

“Hari ini minat mereka berbeza kerana perubahan zaman.

“Oleh itu, kita nak buat aktiviti itu biar bersasar dan mampu menarik minat anak muda,” kata Mohamad Taufek.

Mohamad Taufek juga menambah bahawa program-program yang diadakan bertujuan mewujudkan engagement bersama anak muda.

“Dalam masa sama, program yang kita anjurkan juga melibatkan aktiviti sukan, pembangunan belia, keusahawanan dan sukarelawan.

“Sekiranya terdapat sebarang input daripada golongan belia berkaitan perkhidmatan Kerajaan Negeri, kami turut salurkan kepada pihak berwajib,” ujarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button