65 pelajar sekolah menengah terima Biasiswa Anak Negeri
GEMENCHEH: Seramai 65 pelajar sekolah menengah dari DUN Gemencheh menerima bantuan Biasiswa Anak Negeri (BAN) dari Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi.
Abd Latif berkata, biasiswa yang diberikan kepada setiap pelajar yang layak adalah sebanyak RM600 setahun.
“Sebanyak RM39,000 telah diperuntukkan kepada 65 pelajar sekolah menengah di DUN Gemencheh.
“Bantuan kewangan ini diserahkan kepada ibubapa dan penjaga masing-masing dalam satu majlis ringkas di pejabat saya dengan SOP yang ketat.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun di atas inisiatif ini yang sangat membantu pelajar-pelajar tersebut dari segi kos pendidikan,” jelas Abd Latif.
Penerima terdiri daripada 30 pelajar dari Sekolah Menengah Dato’ Mohd Taha, Sekolah Menengah Bukit Rokan (27) dan Sekolah Menengah Bukit Jalor (8).