Berita

Badan bukan Islam terima dana RM36,000 dari Kerajaan Negeri Sembilan

PERTANG: Lima badan keagamaan bukan Islam dari DUN Pertang menerima peruntukan daripada Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan berjumlah RM36,000.

Exco Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Sembilan, YB J.Arul Kumar semasa mengadakan lawatan kerja ke DUN Pertang pada Isnin, telah menyampaikan peruntukan berjumlah RM36,000 kepada lima persatuan melalui Tabung Amanah Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Sembilan.

“Saya bersama Penyelaras DUN Pertang, Tuan Zainal Fikri Abdul Kadir telah melawat beberapa kawasan rumah ibadat dan tapak perkuburan bukan Islam di DUN Pertang yang menghadapi beberapa masalah dan keperluan.

“Saya turut mengadakan perbincangan dengan ahli jawatankuasa rumah ibadat dan tanah perkuburan yang berkaitan.

“Segala permasalahan dan keperluan yang diutarakan akan saya teliti untuk tindakan seterusnya,” kata Arul Kumar.

Lima persatuan yang menerima dana kewangan dari Kerajaan Negeri Sembilan adalah:

1. Persatuan Kebudayaan dan Kebajikan Simpang Pertang – RM15,000.

2. Persatuan Kuil Sri Maha Om Sivanaalayam – RM10,000.

3. Persatuan Pengikut Sam Tee Simpang Pertang – RM5,000.

4. Persatuan Pemuzik Om Sri Mariamman Simpang Pertang – RM3,000.

5. Persatuan Malayali Simpang Pertang – RM3,000.

Show More

Related Articles

Back to top button