Menarik

698 keluarga asnaf dapat duit raya daripada Aminuddin

KUALA PILAH: Seramai 698 asnaf fakir dan miskin dari daerah Kuala Pilah menerima sumbangan RM300 daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Aminuddin berkata, setiap keluarga akan menerima bantuan RM300 daripada Menteri Besar Negeri Sembilan (Pemerbadanan).

“Manakala Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) pula menyalurkan bantuan Aidilfitri berjumlah RM700 kepada golongan fakir dan RM500 kepada asnaf miskin.

“Secara keseluruhannya setiap keluarga fakir menerima bantuan berjumlah RM1,000 manakala setiap keluarga asnaf miskin menerima bantuan berjumlah RM800 menjelang Aidilfitri kelak.

“Semoga sumbangan ini membantu mereka dalam menyambut ketibaan Aidilfitri tidak lama lagi.

Aminuddin menyerahkan sumbangan tersebut di empat lokasi berbeza seperti berikut:

1. 219 keluarga di Masjid Taman Desa Anggerik, Juasseh.

2. 191 keluarga di Masjid Jamek Pekan Johol

2. 181 keluarga di Masjid Al-Firdaus, Melang.

4. 107 keluarga di Masjid Kariah Sungai Dua Kecil.

Show More

Related Articles

Back to top button