Menarik

Gong Xi Fa Chai: 20 keluarga kurang kemampuan terima sumbangan Nasarudin

CHEMBONG: Sempena sambutan Tahun Baru Cina pada hari Jumaat ini; Pegawai Penyelaras DUN Chembong Tuan Nasarudin Ibrahim telah menyantuni 20 keluarga Tionghua yang kurang berkemampuan.

Nasarudin menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas dan limau mandarin kepada 20 keluarga kurang berkemampuan di Rumah Rakyat Chembong.

“Pada tahun ini sumbangan dihantar terus ke rumah para penerima dengan mematuhi S.O.P yang ketat dan sebahagiannya telah diagihkan melalui pengerusi MPKK di DUN Chembong.

“Semoga sumbangan yang diberikan ini meringankan beban kewangan dan menceriakan sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini,” kata Nasarudin.

Turut hadir Pengerusi MPKK Kampung Seberang Batu Hampar, Encik Mohd Fazriq Razali; Pengerusi MPKK Kampung Mampong/Perigi Jernih, Encik Khalid Yazid; Setiausaha MPKK Kampung Seberang Batu Hampar, Encik Sulaiman Daud dan Wakil Penduduk Encik Peter Lim.

Show More

Related Articles

Back to top button