BeritaMenarik

Tindakan tegas akan diambil ke atas pihak yang mencemar sungai

SEREMBAN: Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang didapati melakukan pelepasan atau pembuangan sisa minyak sehingga menyebabkan pencemaran sungai dan memberi kesan kepada pengguna.

Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, YB Veerapan Superamaniam berkata, JAS Negeri Sembilan menerima aduan pencemaran, dipercayai pelepasan minyak diesel di muka sauk loji rawatan air Linggi pada jam 8.40 malam pada 9 Disember 2023.

“JAS bersama agensi lain menjalankan pemeriksaan dan siasatan bagi mencari punca bau diesel di muka sauk Loji Rawatan Air Sungai Linggi.

Pada 10 Disember 2023, JAS Negeri Sembilan telah menggerakkan dua pasukan penyiasat untuk menjalankan pemeriksaan bagi mengesan punca pelepasan diesel ke dalam Sungai Linggi yang menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Linggi.

“Siasatan bersepadu pelbagai agensi telah membawa kepada penemuan punca buangan dipercayai diesel di sebuah dan premis ini telah disita pihak yang berkenaan yang mana lori tangki yang mengandungi minyak diesel dipercayai telah melepaskan minyak diesel ke dalam longkang yang mengalir ke Sungai Linggi.

“Persampelan telah dibuat dan pihak JAS NS dalam proses penyediaan Kertas Siasatan (IP) untuk tindakan selanjutnya,” kata Veerapan.

Veerapan berkata, JAS mengalu-alukan maklumat-maklumat yang diberikan oleh orang awam bagi membolehkan tindakan pantas diambil dalam mencegah dan membanteras insiden pencemaran alam sekitar

Orang ramai adalah dialu-alukan untuk menjadi mata dan telinga JAS dan melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau email ke aduan_k@doe.gov.my dan melalui portal e-aduan JAS di eaduan.doe.gov.my.

Show More

Related Articles

Back to top button