Berita

98 pelajar SMK Seremban Jaya 2 terima ‘Duit Deepavali’ daripada Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P.Gunasekaren telah menyampaikan sumbangan ‘Duit Deepavali’ kepada 98 pelajar beragama Hindu di Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban Jaya 2.

Gunasekaren berkata, sumbangan ini diberikan kepada pelajar bagi memeriahkan lagi sambutan Deepavali pada tahun ini.

“Saya juga menyerahkan sumbangan Deepavali kepada 50 pelajar dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sungai Salak Seremban Jaya sempena Deepavali,” katanya.

Pegawai Kewangan Pusat Khidmat Rakyat DUN Seremban Jaya, Cik G.Nancy mewakili Gunasekaren menyerahkan sumbangan tersebut kepada pelajar.

Show More

Related Articles

Back to top button