Berita

Projek naik taraf HTJ akan siap Jun 2025

SEREMBAN: Projek naik taraf Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban akan siap pada pertengahan bulan Jun 2025.

Exco Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO Negeri Sembilan, YB Tengku Zamrah Tengku Sulaiman berkata, projek naik taraf ini melibatkan sistem bekalan gas perubatan, sistem pendingin hawa berpusat, sistem pencegahan kebakaran, dan sistem pendawaian elektrik di Bangunan Utama HTJ, Seremban.

“Projek ini melibatkan wad di aras satu sehingga lapan, Jabatan Kecemasan dan Trauma serta Podium,” katanya.

Tengku Zamrah berkata demikian selepas mengiringi Menteri Kesihatan, YB Dr. Zaliha Mustafa yang mengadakan lawatan kerja ke HTJ.

Turut hadir, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan KKM, Dato’ Dr. Mohd Azman Yacob; Pengarah Kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Dato’ Dr. Harlina Abdul Rashid; Pengarah Hospital Tuanku Ja’afar Seremban, Dato’ Dr.Zaleha binti Md Noor.

Show More

Related Articles

Back to top button