Menarik
Abd Latif santuni jemaah Surau Taman Semarak Air Kuning
GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi menyantuni jemaah Surau Taman Semarak Air Kuning termasuk Dato-Dato Adat Luak Air Kuning.
“Setelah berbuka puasa dan solat Terawih berjemaah, saya meluangkan masa mendengar permasalahan penduduk setempat.
“Pelbagai aduan dikemukan dan saya akan berusaha untuk membantu penduduk di sini,” kata Latif.
Turut hadir Pengerusi MPKK Air Kuning Selatan, Encik Ismail dan Pengerusi Kampung Parit Buloh, Encik Abd Aziz.