Berita
UMNO Jempol kukuh jentera parti peringkat akar umbi

JEMPOL: UMNO Bahagian Jempol telah mengadakan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jempol Bil 3/2025 yang telah berjalan dengan lancar.
Fokus utama mesyuarat kali ini adalah membincangkan pelaksanaan Persidangan Sayap-Sayap dan Persidangan Bahagian UMNO Jempol yang dijadualkan berlangsung pada bulan Julai nanti.
Perbincangan turut meliputi:
Penyelarasan persiapan logistik dan teknikal
Pengukuhan jentera parti di peringkat akar umbi
Pembentangan laporan sayap-sayap setelah selesai mesyuarat cawangan-cawangan
Perkembangan semasa politik dan hal-hal berbangkit
UMNO Bahagian Jempol merakamkan penghargaan kepada semua AJK yang hadir memberikan komitmen terbaik demi memperkukuh perjuangan UMNO di Jempol — dari akar umbi ke peringkat nasional.