Jom meriahkan Karnival TVET Negeri Sembilan

SEREMBAN: Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan Karnival Pendidikan dan Latihan & Teknikal (TVET) Negeri Sembilan yang akan berlangsung pada 5 dan 6 November ini.
Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan, Veerapan Superamaniam berkata, karnival tersebut akan dianjurkan di Dewan Majlis Bandaraya Seremban.
“Karnival akan bermula pada jam 8:00 pagi sehingga 6:00 petang.
“Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan seperti pameran reruai TVET Awam dan Swasta, Agensi Kerajaan &Sektor Industri, pameran Teknikal Automotif Toyota, pertandingan e-sport, Pocket Talk &TVET Talk Inspirasi dan pelbagai lagi.
“Turut diadakan kursus jangka pendek juga turut diadakan.
“Para peserta akan diberikan sijil sebaik sahaja selesai kursus.
“Orang ramai dijemput hadir,” kata Veerapan.




