Aktiviti

Abd Latif sumbang peralatan elektrik kepada pengusaha dodol

GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi menyerahkan sumbangan peralatan elektrik kepada pengusaha dodol, Encik Mohammad Ali Abd Lazak.

“Encik Mohammad Ali mengusahakan perniagaan dodol secara tradisional dan memerlukan sumbangan peralatan elektrik ini untuk meningkatkan produktiviti perniagaan beliau.

“Saya berharap dengan sumbangan ini dapat membantu menjana pendapatan beliau dan secara tidak langsung membuka peluang pekerjaan kepada penduduk kampung setempat,” kata Abd Latif.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Batang Rokan, Encik Malek Samsudin.

Show More

Related Articles

Back to top button