Menarik
Pesakit strok terima katil boleh laras dari Musliadi
JERAM PADANG: Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu menyumbang katil boleh laras kepada pesakit strok, Puan Norkhairi Ahmad.
“Semoga dengan sumbangan katil boleh laras ini akan memudahkan urusan penjagaan harian beliau.
“Semoga beliau tabah menghadapi ujian ini dan cepat sembuh seperti sediakala,” ujar Musliadi.
Turut hadir, Pengerusi MPKK Kampung Pekan Jelai, Encik Raju dan Pengerusi MPKK Kampung Temeris, Encik Zahari Ashim.