Berita

Abd Rahman hulur bantuan Khairat Kematian kepada 30 waris

SERTING: Penyelaras DUN Serting, Tuan Abd Rahman Ramli menyampaikan Sijil Khairat Kematian kepada 30 waris yang kematian ahli keluarganya.

Abd Rahman berkata, Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta menerusi pelan Takaful Khairat Kematian membabitkan caruman kepada anggaran 34,562 orang ketua isi rumah di negeri ini.

“Jumlah pencarum itu adalah berdasarkan senarai e-Kasih Negeri Sembilan mulai 1 Ogos lalu untuk tempoh perlindungan selama 12 bulan.

“Inisiatif di bawah Belanjawan Negeri Sembilan 2021 ini adalah sebagai tanda simpati dan menzahirkan rasa prihatin dalam membantu meringankan beban waris.

“Pelan Takaful Khairat Kematian ini terbuka kepada rakyat yang layak tanpa mengira agama dan kaum,” jelas beliau.

Abd Rahman berkata, caruman akan dibuat secara berfasa dan turut memberi perlindungan tambahan kepada isteri dan dua orang anak berumur 18 tahun ke bawah.

“Caruman ini membolehkan waris menerima bantuan kecemasan berjumlah RM2,000 selepas kematian individu yang dinamakan, manakala kematian akibat kemalangan akan menerima bantuan berjumlah RM8,000.

“Terima kasih kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun di atas keprihatinan beliau kepada rakyat Negeri Sembilan,” ujar Abd Rahman.

30 penerima inisiatif ini dari Kampung Sri Mahsan dan Kampung Baru Mahsan dan majlis penyerahan berlangsung di Balai Raya Kampung Sri Mahsan.

Turut bersama, Penghulu Encik Mohd Saharudin Abd Aziz; Ahli Majlis Perbandaran Jempol, Encik Azrin dan Encik Zainal.

Show More

Related Articles

Back to top button