Berita

Rebin sumbang limau Mandarin sempena Tahun Baru Cina

PALONG: Penyelaras DUN Palong, Tuan Rebin Birham menyampaikan sumbangan buah limau Mandarin dan kuih muih kepada masyarakat Tionghua sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Rebin berkata, sebanyak 30 keluarga Tionghua di Felda Palong 3 dan Felda Palong 4 menerima sumbangan tersebut.

“Program ini diadakan dengan kerjasama Wanita KeADILan Jempol bagi meraikan masyarakat Tionghua sempena sambutan Tahun Baru Cina.

“Terima kasih kepada Majlis Pimpinan Negeri di atas sumbangan yang diberikan,” kata Rebin.

Turut hadir Ketua Wanita Cabang Jempol, Puan Kamaliah Othman; Pengerusi MPKK Palong 4, Encik Mahadi Sar dan Pengerusi MPKK Felda Palong 3, Tuan Mustafa.

Show More

Related Articles

Back to top button