Berita

ADUN Ampangan ambil langkah pencegahan banjir

AMPANGAN: Beberapa langkah telah diambil bagi mencegah kejadian banjir kilat di DUN Ampangan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Ab Malek berkata, beberapa langkah telah diambil setakat ini yang telah berjaya mengekang banjir kilat walaupun hujan lebat turun dalam jangkamasa yang agak lama.

“Justeru itu, saya dengan kerjasama Lions Club of Seremban Central dan Ampangan Rescue Team (ART) dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah mengadakan Program Masyarakat – Hotspots Kawasan Banjir.

“Program ini bertujuan untuk mengembeleng Badan Bukan Kerajaan (NGO) khususnya Lions Club dan ART untuk bersedia apabila berlaku sebarang bencana khususnya banjir di Ampangan,” kata beliau.

Mohamad Rafie berkata, beberapa ‘hotspots’ banjir di DUN Ampangan telah dikenalpasti iaitu Kampung Ismail, Kampung Blok A, B dan C, Taman Dusun Nyior dan Taman Lee Siew Joo.

“Namun ianya bukan bermakna kita perlu alpa kerana kita perlu sentiasa berwaspada khususnya pasukan Ampangan Rescue Team untuk segera turun membantu jika berlaku sebarang musibah khususnya banjir.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat telah membawa aset kereta bomba serta telah menunjukkan demonstrasi kaedah pemadaman api.

“ART juga telah membawa aset mereka iaitu dua buah bot penyelamat,” jelas Mohamad Rafie.

Show More

Related Articles

Back to top button