BeritaProgram

Ahli Parlimen Port Dickson tawar nasihat guaman percuma

PORT DICKSON: Pejabat Ahli Parlimen Port Dickson menawarkan nasihat guaman percuma kepada warga Port Dickson yang memerlukan.

Sesi kali ini berjalan baik dengan kehadiran seramai lapan orang untuk mendapatkan nasihat guaman yang melibatkan isu-isu berkaitan masalah mendapatkan geran pemilikan hartanah, isu kad pengenalan dan sijil kelahiran ibu serta anak-anak, pembelaan kes sivil pinjaman wang dan isu laporan serta tindakan guaman terhadap syarikat telekomunikasi.

Seramai tiga orang peguam terlibat dalam sesi kali ini.

Sesi nasihat guaman berlangsung di Pejabat Ahli Parlimen Port Dickson, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Show More

Related Articles

Back to top button