BeritaMenarikProgram

Kerajaan Negeri ambil berat kebajikan Guru KAFA

RAMADHAN: Kebajikan Guru-guru KAFA sentiasa diambil berat oleh Kerajaan Negeri Sembilan.

Cik Siti Nur Fikrah Mohd Jasri, 26, Guru KAFA di Sekolah Kebangsaan Dato’ Ahmad Manaf, Nilai sejak enam tahun lepas berkata, kenaikan elaun Guru KAFA sedikit sebanyak dapat menampung kos sara hidup yang semakin tinggi.

“Saya mengajar sejak tahun 2018 dengan elaun bulanan RM1,000.

“Di atas inisiatif Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun elaun kami dinaikkan kepada RM50 sebulan menjadikan jumlah elaun RM1,050 sebulan.

“Kenaikan elaun ini membantu kami untuk jalani kehidupan yang lebih lancar tanpa perlu memikirkan soal elaun yang agak rendah dengan kenaikan kos sara hidup,” jelas Nur Fikrah.

Nur Fikrah merakamkan penghargaan kepada Dato’ Seri Aminuddin dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Dato’ Zaidi Ramli kerana begitu proaktif mengambil berat tentang kebajikan Guru KAFA.

“Dato’ Seri Aminuddin dan Dato’ Zaidi cakna tentang kehidupan kami dan pembangunan Guru KAFA di Negeri Sembilan.

“Terima kasih juga kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Kerajaan Pusat) di atas inisiatif kenaikan elaun Guru KAFA RM100 sebulan menjadikan jumlah elaun kami RM1,150 sebulan.

“Kami berharap pihak berwajib terus laksana langkah-langkah proaktif demi membantu golongan pendidik yang membantu mendidik tunas-tunas Islam di Malaysia,” ujar Nur Fikrah lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button