Berita

Aishah santuni warga emas uzur di Felda Jelai 3

GEMAS: Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti Aishah Seman@Othman menyantuni golongan warga emas yang keuzuran di Felda Jelai 3.

Siti Aishah berkata, program ‘Santunan Kasih’ merupakan aktiviti yang dijalankan setiap bulan bagi menyantuni golongan warga emas, individu berpenyakit kronik serta mereka yang memerlukan bantuan.

“Antara yang diziarahi kali ini ialah Puan Rasimah Osman, 57, yang menghidapi kencing manis sejak 6 tahun sehingga mengakibatkan kecacatan penglihatan dan baru tiga minggu yang lalu mengalami separuh lumpuh.

“Saya telah menyumbang barangan keperluan dapur, lampin pakai buang dan bantuan kewangan kepada beliau.

“Puan Siti Patimah Yasin, 73, pula patah tangan akibat terjatuh di halaman rumah. Beliau menerima bantuan makanan dari saya,” kata Siti Aishah.

Siti Aishah juga berkesempatan menyantuni Puan Norkhaizura Paiman yang baru melahirkan anak.

“Anaknya mengalami masalah jantung berlubang. Saya menyerahkan sumbangan kewangan dan barangan bayi kepada beliau,” ujarnya.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Felda Jelai 3, Encik Shaarani Abd Rashid.

Show More

Related Articles

Back to top button