Berita

Rakyat tertekan dengan kenaikan harga barang: NICOLE TAN

BUKIT KEPAYANG: Kenaikan harga barang menyebabkan banyak keluarga yang terkesan bukan sahaja dari segi kewangan malah kesihatan mental,” kata EXCO Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan, YB Nicole Tan Lee Koon.

Nicole Tan berkata, keadaan ekonomi sekarang telah menyebabkan tekanan yang tinggi kepada orang ramai.

“Saya telah mendapat pelbagai aduan. Antaranya seorang warga tua yang mengadu bahawa menantunya yang bekerja sebagai cikgu bertindak kasar memarahinya serta tidak menghormatinya dan menghubungi pejabat saya bagi meminta bantuan polis untuk menangkap menantunya.

“Ada juga kes suami tidak bekerja dan tanggungjawab perbelanjaan sekeluarga diletakkan di tangan isteri. Dengan keadaan perbelanjaan keluarga yang terdesak, si isteri perlu menghadapi tekanan dari segi kerja yang menyebabkan nyarisnya berlakunya kes keganasan rumahtangga.

“Mujur kakitangan pejabat saya sempat menenangkan wanita tersebut supaya tidak menjadi kejadian yang lebih buruk,” kata Nicole Tan.

Elak krisis rumahtangga

Nicole Tan berkata, dalam keadaan ekonomi yang meleset ini, ramai rakyat yang terkesan dari segi kewangan dan keadaan sebegini boleh menyebabkan krisis rumahtangga.

“Jika permasalahan tidak diuruskan dengan baik, maka ia akan menjadi masalah mental yang lebih besar.

“Saling bertolak ansur dan saling memahami adalah penting di peringkat ini.

“Jika kita dapat hulurkan sifat kasih sayang serta sikap saling hormat menghormati, krisis rumahtangga boleh dielakkan,” ujar Nicole Tan lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button