Aktiviti

Mahasiswa merupakan bakal pemimpin: AMINUDDIN

SIKAMAT: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah menyantuni mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP), dalam Program Khidmat Masyarakat Sekretariat Mahasiswa Negeri Sembilan (SEMANIS) ‘Kempen Sikamat Sihat’ di Balai Raya Taman Rumah Rakyat Sikamat 2.

Aminuddin berkata, pelbagai topik dibincangkan bersama mahasiswa.

“Cabaran mahasiswa masa kini dan pengalaman lalu antara topik yang dibualkan.

“Saya juga berpesan kepada mahasiswa supaya memupuk rasa kasih sayang dengan masyarakat sekeliling.

“Semoga program seperti ini dianjurkan lagi bagi mendekatkan mahasiswa dan masyarakat serta mewujudkan generasi yang tinggi empati terhadap pelbagai lapisan masyarakat,” kata Aminuddin yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat.

Sementara itu, Aminuddin turut memberikan sumbangan kewangan kepada golongan asnaf dari kawasan sekitar.

“Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban yang ditanggung mereka,” ujar Aminuddin.

Turut hadir, isteri Menteri Besar Negeri Sembilan, YABhg Datin Seri Hajah Wan Hasni Wan Yusof.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button